Monday, March 2, 2026

Puasa, Kerajinan & Raya

Harini dah masuk 13 Ramadan, makanya dah setel 12 hari puasa. Taw-taw je nak raya ehhh

Hello semua.. Assalamualaikum wbt 

Persiapan raya? Ak dah mcm persiapan Syaaban & Rejab kot sb baju apa semua ak sakan joli time tu. Siapa sangka ak beli baju teal blue sb nampak segak bergaya & itu theme color yg laris terjual this raya.

Ak dah beli awal Heheheee 

Actually ak pakai je kaler sage sempena kawen adik ak tu. Malas lah ak nak membeli & menempah baju time raya. Kau taw ak ni tidak lah rajin. Ak percaya, ak pakai kaler apa pun.. Ak definitely look nice.

Raya balik mana ?

Ak seperti tahun-tahun sebelum ni, ak raya di Klang Valley saja. Ak xde plan nak sibuk redah jem bersama-sama rakyat jelata ke kampung. Ak semakin malas. Tenaga ak perlu dijimatkan bg perkara lain selain hadap jem. Hangpa yg gigih tu.. Teruskan. Ak balik kampung lepas anak-anak korang masuk sekolah or korang masuk opis. Raya kan sebulan. Kau ingat ak xraya ka di Klang Valley ?

Ya ya ya ak membosankan. Itu sudah terang lg bersuluh. Ak masuk opis lepas public holiday, ak x apply annual leave utk sambung raya. Dok opis pun I believe is going to be aman tenteram. Dah banyak tahun ak buat cemtu. Ak xde la terkejut kaget.

Buat kuih raya ?

This year maybe ak buat kuih raya 'Kopi Susu'. Maybe la.. 

Pagi raya ?

Ak for sure busy masak rendang daging Tok. Tp tahun ni ak nak buat rendang Mak Azie: rendang campur cili hijau serta pulut jagung. Ishhhh tulis nama menu pun dah rasa lapar... Sedapnyaaa

Tu jelah dulu.

Bye

Psstt: Anyway, puasa kalini ak suka nak cuba buat kuih-muih traditional. Kalo beli di bazaar pun belum tentu sedap dah la mahal. So ak buat la sendiri tengok resepi di socmed.


Cantik kan onde-onde buah melaka yg ak buat 
Popia Big-Mac 

Ketayap inti pink coconut 

No comments:

Post a Comment

Puasa, Kerajinan & Raya

Harini dah masuk 13 Ramadan, makanya dah setel 12 hari puasa. Taw-taw je nak raya ehhh Hello semua.. Assalamualaikum wbt  Persiapan raya? Ak...