Monday, March 2, 2026

Puasa, Kerajinan & Raya

Harini dah masuk 13 Ramadan, makanya dah setel 12 hari puasa. Taw-taw je nak raya ehhh

Hello semua.. Assalamualaikum wbt 

Persiapan raya? Ak dah mcm persiapan Syaaban & Rejab kot sb baju apa semua ak sakan joli time tu. Siapa sangka ak beli baju teal blue sb nampak segak bergaya & itu theme color yg laris terjual this raya.

Ak dah beli awal Heheheee 

Actually ak pakai je kaler sage sempena kawen adik ak tu. Malas lah ak nak membeli & menempah baju time raya. Kau taw ak ni tidak lah rajin. Ak percaya, ak pakai kaler apa pun.. Ak definitely look nice.

Raya balik mana ?

Ak seperti tahun-tahun sebelum ni, ak raya di Klang Valley saja. Ak xde plan nak sibuk redah jem bersama-sama rakyat jelata ke kampung. Ak semakin malas. Tenaga ak perlu dijimatkan bg perkara lain selain hadap jem. Hangpa yg gigih tu.. Teruskan. Ak balik kampung lepas anak-anak korang masuk sekolah or korang masuk opis. Raya kan sebulan. Kau ingat ak xraya ka di Klang Valley ?

Ya ya ya ak membosankan. Itu sudah terang lg bersuluh. Ak masuk opis lepas public holiday, ak x apply annual leave utk sambung raya. Dok opis pun I believe is going to be aman tenteram. Dah banyak tahun ak buat cemtu. Ak xde la terkejut kaget.

Buat kuih raya ?

This year maybe ak buat kuih raya 'Kopi Susu'. Maybe la.. 

Pagi raya ?

Ak for sure busy masak rendang daging Tok. Tp tahun ni ak nak buat rendang Mak Azie: rendang campur cili hijau serta pulut jagung. Ishhhh tulis nama menu pun dah rasa lapar... Sedapnyaaa

Tu jelah dulu.

Bye

Psstt: Anyway, puasa kalini ak suka nak cuba buat kuih-muih traditional. Kalo beli di bazaar pun belum tentu sedap dah la mahal. So ak buat la sendiri tengok resepi di socmed.


Cantik kan onde-onde buah melaka yg ak buat 
Popia Big-Mac 

Ketayap inti pink coconut 

Wednesday, February 18, 2026

Ramadan Kareem

Selamat Tahun 2026.

Selamat Januari.

Selamat Februari.

Salam Ramadan.

Simple betul ucapan? Ya ya ya lebih straight to the point omputeh kata.

Ak dan Ramadan mempunyai satu kenangan berupa 'Hard Work'. Kerja keras la. 2 tahun lalu, maknanya ini dah masuk tahun ketiga. Kerja keras yg pada ak agak mencabar diri. Seperti macam kalo kau nak kau kena buat. Di tengah-tengah adalah usaha.

Well ya, dulu kalo hangpa kenal ak eh ehhhh kita kenal ka? Tak tak tak, kita xkenal pun. Kita maybe kenal once upon a time, 3 tahun lepas kita dah xkenal. Xpe, allow me further tell about myself. Ak mempunyai berat badan bersaiz XXL/XXXL.

Hasil kerja keras yg never ending, ak lani ke saiz S/M. Menarik bukan? Well well well ak tiada rahsia yg ak xboleh share. Since ak spesis aji bakhil aji kedekut, perabih duit utk potong perut potong usus beli ubat kurus .. Tidak menjadi pilihan ak sama sekali.

Ak memilih utk kerja keras yg ak masih hadap sampai ke saat ini. Cerita 2 tahun yg kau buat intermittent fasting (IF) + one meal a day (OMAD).

Happy? Ak? Harga sebuah kedekut .. Ya ak happy. Apa yg ak nak, ak dapat. Yg di tengah-tengah adalah usaha. Usaha yg takkan gagal kan seberapa banyak kerja keras kau.

Kau dpt berat badan lg better dr zaman kau study degree kat universiti. Sekarang kau dah umur berapa, Erika ? Kannnn .. Kau study universiti tuuu tahun 2007 mattttt. Now dah 2026.

Xpayah panjang-panjang story pasai IF & OMAD. Kau boleh gugel dulu. Thus, ak bukan coach kesihatan mahupun ejen jual produk.. Ak hanyalah makhluk Tuhan.

Bye.

Psstt: Salam Ramadan

Puasa, Kerajinan & Raya

Harini dah masuk 13 Ramadan, makanya dah setel 12 hari puasa. Taw-taw je nak raya ehhh Hello semua.. Assalamualaikum wbt  Persiapan raya? Ak...