Monday, March 2, 2026

Puasa, Kerajinan & Raya

Harini dah masuk 13 Ramadan, makanya dah setel 12 hari puasa. Taw-taw je nak raya ehhh

Hello semua.. Assalamualaikum wbt 

Persiapan raya? Ak dah mcm persiapan Syaaban & Rejab kot sb baju apa semua ak sakan joli time tu. Siapa sangka ak beli baju teal blue sb nampak segak bergaya & itu theme color yg laris terjual this raya.

Ak dah beli awal Heheheee 

Actually ak pakai je kaler sage sempena kawen adik ak tu. Malas lah ak nak membeli & menempah baju time raya. Kau taw ak ni tidak lah rajin. Ak percaya, ak pakai kaler apa pun.. Ak definitely look nice.

Raya balik mana ?

Ak seperti tahun-tahun sebelum ni, ak raya di Klang Valley saja. Ak xde plan nak sibuk redah jem bersama-sama rakyat jelata ke kampung. Ak semakin malas. Tenaga ak perlu dijimatkan bg perkara lain selain hadap jem. Hangpa yg gigih tu.. Teruskan. Ak balik kampung lepas anak-anak korang masuk sekolah or korang masuk opis. Raya kan sebulan. Kau ingat ak xraya ka di Klang Valley ?

Ya ya ya ak membosankan. Itu sudah terang lg bersuluh. Ak masuk opis lepas public holiday, ak x apply annual leave utk sambung raya. Dok opis pun I believe is going to be aman tenteram. Dah banyak tahun ak buat cemtu. Ak xde la terkejut kaget.

Buat kuih raya ?

This year maybe ak buat kuih raya 'Kopi Susu'. Maybe la.. 

Pagi raya ?

Ak for sure busy masak rendang daging Tok. Tp tahun ni ak nak buat rendang Mak Azie: rendang campur cili hijau serta pulut jagung. Ishhhh tulis nama menu pun dah rasa lapar... Sedapnyaaa

Tu jelah dulu.

Bye

Psstt: Anyway, puasa kalini ak suka nak cuba buat kuih-muih traditional. Kalo beli di bazaar pun belum tentu sedap dah la mahal. So ak buat la sendiri tengok resepi di socmed.


Cantik kan onde-onde buah melaka yg ak buat 
Popia Big-Mac 

Ketayap inti pink coconut 

Wednesday, February 18, 2026

Ramadan Kareem

Selamat Tahun 2026.

Selamat Januari.

Selamat Februari.

Salam Ramadan.

Simple betul ucapan? Ya ya ya lebih straight to the point omputeh kata.

Ak dan Ramadan mempunyai satu kenangan berupa 'Hard Work'. Kerja keras la. 2 tahun lalu, maknanya ini dah masuk tahun ketiga. Kerja keras yg pada ak agak mencabar diri. Seperti macam kalo kau nak kau kena buat. Di tengah-tengah adalah usaha.

Well ya, dulu kalo hangpa kenal ak eh ehhhh kita kenal ka? Tak tak tak, kita xkenal pun. Kita maybe kenal once upon a time, 3 tahun lepas kita dah xkenal. Xpe, allow me further tell about myself. Ak mempunyai berat badan bersaiz XXL/XXXL.

Hasil kerja keras yg never ending, ak lani ke saiz S/M. Menarik bukan? Well well well ak tiada rahsia yg ak xboleh share. Since ak spesis aji bakhil aji kedekut, perabih duit utk potong perut potong usus beli ubat kurus .. Tidak menjadi pilihan ak sama sekali.

Ak memilih utk kerja keras yg ak masih hadap sampai ke saat ini. Cerita 2 tahun yg kau buat intermittent fasting (IF) + one meal a day (OMAD).

Happy? Ak? Harga sebuah kedekut .. Ya ak happy. Apa yg ak nak, ak dapat. Yg di tengah-tengah adalah usaha. Usaha yg takkan gagal kan seberapa banyak kerja keras kau.

Kau dpt berat badan lg better dr zaman kau study degree kat universiti. Sekarang kau dah umur berapa, Erika ? Kannnn .. Kau study universiti tuuu tahun 2007 mattttt. Now dah 2026.

Xpayah panjang-panjang story pasai IF & OMAD. Kau boleh gugel dulu. Thus, ak bukan coach kesihatan mahupun ejen jual produk.. Ak hanyalah makhluk Tuhan.

Bye.

Psstt: Salam Ramadan

Friday, November 14, 2025

Hello November

Dah masuk bulan November baru nak tulis tulis tulis.. Ehhhh heheheee. Ak baru sedar yg dah lama jugak ak x spill the tea through my so called 'Dear Diary'.

Assalamualaikum & morning Malaysia.

Kepada yg rindu, yg lama x do the stalking thing, yg saja nak korek cerita, yg bla bla bla.. Hi

Xtahu nak ckp apa sangat. Masih bekerja di kompeni yg sama for the past 10 years. Ak rasa ak selesa di sini sb ak memikirkan berkenaan kesenangan ak dan diri ak seluruhnya.

Tahun depan kompem ak naik pentas terima pingat darjah kebesaran dr duli yang ehhh tak.. Ya ak naik pentas sb ak akan terima award 'Long Service'. Tahun depan la ak share gambar. Xberapa lama dah pun tahun depan nya kan.

Ucapan ?

Ermmm...

Look, I'm still going to be me. Dan kau akan tetap mengenali ak sebagaimana kau pernah kenal ak di suatu ketika dahulu. Nothing much changed. But the good thing is that, a better self in a way that you cannot imagine.

Yg hidup akan mati. Yg sihat akan sakit. Yg muda akan tua. Haaa tua tu dah boleh refer kat ak lah. Umur pun dah bertambah. Anyway, hepi belated birthday Erika. Semoga kita terus kuat sepertimana apa yg kita minta di dalam doa-doa kita selama ini.

Apa yg menarik dlm tahun-tahun sebelum ni?

Banyak pulak nak highlight. Tp antara yg best adalah from size XXL to size S/M. Itu adalah kerja keras 2 tahun dgn penuh komited & konsisten. Usaha xpernah mengagalkan kerjayaan cuma usaha perlu masa. Kita ... Kedekut masa. Semua nak cepat!

Ak bukan nak promote ubat kurus ka apa ka. Sekarang zaman dah semakin mudah. Teknologi dah makin canggih. Tp kita saja yg xberapa nak rajin. Rajin la baca & buat. Jangan baca je xbuat-buat.

Ak lupa, kita nak result cepat!

Ia seperti kita yg badak, exercise diet bagai nak rakkk ..esok bukak mata tiba-tiba jd memerang. Xboleh mattt 

Benda badak ni makan tahun, apatah lg time nak maintain jd memerang. Itu lg satu hal. Enjoy the process!

Journey 2 tahun tu buat ak lebih appreciate usaha keras yg ak laburkan. Ak xde nak rushing apa-apa, enjoy myself to the fullest.

Ak bgtaw awal-awal la, usaha ak memang keras. Like ya, keras to the extent kalo ak cerita how I did that.. Kau akan terus takkan buat. Ak fikir balik, ak pun seram dgn usaha keras cemtu.

Bukan potong perut!

Come on.. 

Psstt: I watched JC on TikTok, sedap gila suara dia. Bila la NSYNC nak buat konsert?


Puasa, Kerajinan & Raya

Harini dah masuk 13 Ramadan, makanya dah setel 12 hari puasa. Taw-taw je nak raya ehhh Hello semua.. Assalamualaikum wbt  Persiapan raya? Ak...